iklan
Tuesday, December 14, 2010
Islam pelengkap keindahan hidup manusia
Assalamualaikum semua. Ape yang kamu faham tentang Islam? Adakah sekadar sebagai sebuah agama yang perlu diikuti pada masa-masa tertentu sahaja? Apakah yang perlu dilakukan oleh kita sebagai penganut yang beragama Islam? Apakah tanggungjawab kita sebagai seorang yang beragama Islam? Mungkin ini adalah persoalan yang mungkin perlu kita jadikan sebagai sandaran dalam diri kita Umat Islam. Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang bermaksud kamu tidak akan sesat selama-lamnya selagi kamu berpegang kepada dua perkara iaitu Al-Quran dan Sunnah pengajaranku(Hadis). Dari hadis sini, kita seharusnya faham bahawa, selagi kita tidak menolak dan mengikut apa yang telah diajarkan dalam kedua-dua kitab tersebut maka kita akan terus berada di jalan yang benar. Hari ini, kita lihat terlalu banyak perkara yang amat menentang dalam isi kandung kedua-dua kitab yang wajib kita ikuti tersebut. Misalnya, Islam menyarankan kita supaya bersaudara. Namun, oleh kerana kuasa dan harta yang kita kejar, kita menolak saranan tersebut. Selain itu, Islam juga mewajibkan kita sembahyang 5 kali sehari dan baru-baru ini terbukti secara sains bahawa solat memberi impak yang positif dan memberi kesihatan kepada minda dan tubuh badan kita. Islam juga menyarankan kita supaya meletakkan hukum-hukum tertentu bagi pesalah-pesalah tertentu(cth:mencuri dipotong tangan) dan jika kita kaji sejarah pentadbiran Islam yang melaksanakan hukum ini sememangnye adalah satu langkah yang paling bijak yang pernah dilakukan oleh sejarah bagi menyelesaikan masalah kecurian. Mungkin kita tidak faham sepenuhnya dengan memikirkan secara negatif, tapi apakah hukum yang terdapat dalam Al-Quran(Kalamullah) kita perlu tentang? Seharusnya umat kita sedar akan kepentingan memahami secara mendalam tentang isi Al-Quran dan Hadis supaya hidup kita berada di landasan yang betul. Bersamalah kita menghayati bersama.Sekian. Terima Kasih
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment