iklan

Monday, April 4, 2011

Kisah seorang teman

Salam semua.
Maaf, sebagai penulis blog ini saya rasa saya nak kongsi bersama cerita saya untu sama-sama kita renungkan. Sebelum itu, saya isahan latar belaang saya dahulu. Saya dari kecil diterapkan dengan amalan-amalan soleh. Saya masih ingat lagi mak saya selalu memakaikan saya serban kecil ketika saya masih kecil. Ayah saya selalu mengajak saya ke surau dan kadang-kadang saya diusik oleh kanak-kanak lain.

Namun,Setelah meningkat dewasa saya semakin berubah. Saya selalu bergaduh dengan adik-adik dan kadang-kadang saya amat marah dengan mak ayah saya kerana merasakan tindakan mereka tidak adil. Ketika berumur 14 tahun, diri saya menampakkan unsur-unsur samseng. Saya pada masa itu selalu terlibat dengan aktitviti gengsterism. Saya teruja dengan menjadi seorang yang samseng kerana memikirkan bahawa orang lain akan menghormati dan takut pada kita.Ketika berusia 15 tahun, saya terlibat dengan aktiviti geng samseng di luar seperti geng Punk Nazi yang ketika itu amat popular di daerah Besut. Oleh kerana tindakan samseng saya yang terlibat dalam sekolah yang selalu bergaduh dengan senior, saya ditukarkan sekolah sebanyak 3 kali dalam setahun itu. Saya telah menconteng arang pada muka ibu bapa saya.

Ketika terlibat dengan gengsterism, saya mungkin tidak keterlaluan, namun di sekolah, saya amat dihormati di kalangan rakan2 saya kononnya saya berani membela mereka. Namun, saya hampir2 terlibat dengan gejala sosial yang melampau iaitu penglibatan gadis-gadis sekolah yang telah terlibat dengan aktiviti sosial yang melampau. Saya pernah digoda dan hampir2 termakan godaan itu kerana nafsu. Ketika itu pertama kali tanganku dipegang dan saya ketika itu tak menolak. Syukur pada Allah, dengan iman yang ada saya dapat menempis segala godaan tersebut dan tidak terlibat dengan aktiviti seks bebas. Kebanyakan rakan2 saya ketika itu adalah penagih arak dan penagih. Saya kerap kali ditawarkan namun syukur saya berjaya menolak. Saya ketika itu hanya seorang perokok.

Di sekolah, saya pernah dipikat oleh seorang perempuan. Saya juga ketika itu terpikat dek kecantikan dia. Namun, saya ketika itu amatlah ego dan sombong. Saya tidak menghiraukan dia dan berlagak kerana saya menganggap diri saya adalah gengster ketika itu. Namun, dalam hati saya, saya amat sukakan dia dan selalu terbayangkan dia. Saya selalu berlagak jika berada di depan dia. Akhirnya, saya menerima surat yang terletak di dalam beg galas saya. Saya dengan sombong mengoyakkan surat cinta itu di hadapan rakan2 saya. Akhirnya juga, saya dipindahkan sekali lagi ke sekolah lain.

Di sekolah tersebut juga, seperti biasa, saya masih tidak berubah dan masih terlibat dengan aktiviti samseng. Akhirnya saya dipanggil guru disiplin dan saya dipukul teruk. Saya berdendam dengan guru tersebut dan akhirnya dendam itu mula hilang. Akhirnya saya berubah sedikit demi sedikit setelah umur meningkat 17 tahun. Saya semakin sedar yang betapa pentingnya belajar dan saya berusaha bersungguh2 untuk mencapai target yang diinginkan. Saya pernah menaiki pentas kerana menduduki nombor tersorot di dalam sekolah. huhu..Saya amat2 malu ketika itu. Namun, akhirnya saya insaf dan sedar, dan saya mendapat keputusan yang agak cemerlang. Saya mendapat tawarn ke Univerisiti Teknologi Malaysia. Dan sekarang saya di tahun akhir di Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute.

Di sini, saya belajar banyak perkara, saya bercouple untuk pertama kalinya dan  saya putuskannya dengan cara yang baik. Namun, saya akui, saya sepatutnya menolak budaya couple namun, perasaan saya ingin mencuba. Saya amat2 sedih meninggal x-gf sye ketika itu kerana dia sangat baik dan tak pernah melawan cakap saya. Namun, hati saya tidak dapat melahiran rasa cinta untuk dia sejak dari awal2 lagi. Saya memohon maaaf sangat kepada dia. Saya amat2 rasa  bersalah dan dia sangat sayangkan saya ketika itu. Setiap kali berjumpa, pasti dia akan terharu dan berterima kasih. Setelah putus hubungan, saya tertarik dengan seorang gadis yang telah memberi signal untuk memikat dia. Saya pada mula2nya tidak merasakan suka pada dia namun akhirnya setelah pertama kali keluar dengan dia, saya lihat sifat kewanitaan dia dan tanggungjawab dia sebagai seorang kakak yang sulung. Saya terpikat yang amat sangat, bukan sahaja kerana kecantikan tapi dengan sikap penyayang dia. Entah kenapa tidak lama selepas itu, fikirannya berubah, dia meminta putus dan meminta sebagai kawan. Saya akui saya terkadang terlepas pandang kesilapan saya, namun saya tak pernah hilang rasa sayang kepada dia. Hati saya hancur, 4 hari saya tidak tidur lena dan makan dengan kenyang. Saya menjadi tak keruan. Hebatnya kuasa cinta. Saya tak pernah merasai perasaan seperti ini. Saya berusaha merayu kepada beliau akhirnya pada hari ke 5 itu, dia nampak berubah dan ajak saya untuk keluar berjumpa adik dan mak ayah dia. Saya gembira sangat2 dan dia pun sering mengungkapkan rancangan pertunangan dan pekahwinan kami. Namun, silap saya sekali lagi, menghidekan 'in a relationship' kepada x-gf sye kerana saya masih kasihan dengan x-gf sye. Saya selalu sedih dan sayu mendengar nasib dia yang terpaksa menerima penolakan dari saya tapi kami berputus secara baik. X-gf sye itu juga telah bertemu dengan pasangan yang lebih baik dari saya dan amat secocok. Sekali lagi, gf sye ketika itu merajuk. Saya tunggu di hadapan rumahnya selama 4 jam dan menangis. Bermacam saya baut untuk pujuk dia, akhirnya mak dia memberi kata putus supaya keluar dengan saya. Saya gembira sangat2 dan berasa amat lega. Saya terasa nak kahwin cepat2. Tapi...bersambung

Wednesday, February 2, 2011

JANGAN LEKA DENGAN RAMAINYA PENGIKUT, PASTIKAN PROSES PENTARBIYAHAN TERUS KUKUH




Sejarah harakah Islam telah menggambarkan kepada kitapertambahan bilangan anggota tanpa mutu yang telah menyukar dan melalaikan harakah. Ini memaksa da’i hari ini untuk mengambil pengajaran. Perkembangan yang seimbang adalah pesanan untuk hari esok.
Kita katakanan, ia adalah pesanan untuk hari esok kerana kita dapati ramai orang telah melupakannya. Padahal itulah wasiat lama dari Imam Hassan al-Banna rahimahulLah yang ditegaskan sejak tahun 1938 di dalam Muktamar (Ikhwan) Ke-5. Ketika menjelaskan pelbagai jenis manusia ketika berdepan dengan kerja. Khayalan langsung tidak menyumbang apa-apa kerana ia hanyalah gambaran sahaja dalam memikul bebanan jihad.
Hassan al-Banna telah berkata:
“Jadi saya mahu berterus-terang betul-betul dengan kamu kerana tiada guna lagi saya berselindung.
- Medan bercakap tidak sama dengan medan berkhayal.
- Medan beramal tidak sama dengan medan bercakap.
- Medan berjihad tidak sama dengan medan beramal.
- Medan berjihad sebenar tidak sama dengan medan berjihad yang silap.
Ramai yang mudah berkhayal namun tidak semua apa yang terbayang di kepala mampu diungkapkan dengan kata-kata.
Ramai yang mampu bercakap namun hanya segelintir daripadanya yang mampu bertahan ketika beramal.
Ramai di kalangan segelintir ini yang mampu beramal namun hanya segelintir sahaja di kalangan mereka yang mampu memikul bebanan jihad yang sukar dan amal yang nekad.
Para mujahid yang kecil jumlahnya ini mungkin akan tersilap jalan dan tidak menepati sasaran jika tidak kerana mereka dipelihara oleh Allah. Kisah Talut menjelaskan apa yang saya katakan ini.
Oleh itu, siapkanlah diri kamu, pupuklah jiwa kamu dengan tarbiyah yang betul, latihan yang ketat dan ujilah diri kamu beramal dengan kerja-kerja yang keras, tidak disukai dan menyukarkan. Kekanglah dari segala kehendak dan adat kebiasaan yang biasa dilakukan oleh jiwa.” (243 Al-Muktamar Al-Khamis, al-Majmu’ah, m.s. 258)
Fiqh itu dipusakai oleh Syed Qutb rahimahulLah. Ini menyebabkan beliau gelisah menjelang hari kematiannya apabila melihat keadaan Sudan yang dilanda dengan demonstrasi umat Islam yang merebak dan meluas memenuhi jalan-jalan raya. Beliau pun memberi wasiat kepada para da’i dari Sudan yang melawatnya. Beliau berkata kepada mereka:
“Janganlah sambutan orang ramai itu menyibukkan kamu dari menyusun barisan dalaman dan menyediakan para pejuang yang mampu menghadapi segala kesukaran dan akan dapat bertahan lama.” (244 Syed Qutb, Kitab al-Syahid, m.s. 91)
Sebenarnya kepentingan pemantapan barisan dalaman bukan hanya kerana untuk memudahkan penyusunan dan memudahkan penggunaan tenaga secara selaras, tetapi, kewujudan “masyarakat tarbawi” ini akan mampu menjadi nursery kepada pentarbiahan ‘anak-anak baru’. Ia akan mampu memperlihatkan bentuk-bentuk Islam dan mendinding mereka dari melihat pemandangan jahiliyyah orang-orang jahil dan menghalang dari mendengar jahiliah dan sekaligus menjauhkan ‘anak-anak baru’ dari kesan dan pengaruh tarbiyyah yang bukan Islam.
Rujukan : Al-Muntalaq – Muhammad Ahmad Ar-Rasyid m.s.159

Wednesday, December 15, 2010

Kenapa ye Yahudi ni bijak?

Dipetik oleh salah satu artikel

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanshipdibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapatsaya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa YahudiBijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsaYahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang palinghebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik,pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dansebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California sayaterfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhanmemberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olahmanusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikanuntuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuananda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, inikerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Antaradata-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama,persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data datatadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel,setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali sayaperhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dansi ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalahmetamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yangmengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada sayabeberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana sayamemang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantubeliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliaumenjawab, "ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, sayasedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasakelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembanganbeliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenohbeliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkaralagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandungbeliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu, danuntuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepalabersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang,menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dankepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkanpengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliauini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadisemacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pilminyak ikan.
Ketika saya diundang untuk makan malambersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialahmenu mereka.. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemarsekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidakakan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran dagingdan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatukemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialahmereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama.Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akandihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangankabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akanmenyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahamipelajaran disekolah.
Di Israel, merokok adalah taboo,apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok,dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dammerokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel ,siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otakmanusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokokbakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatupenemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes danDNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluarrokok terbesar adalah ...... tekalah sendiri..!)
Perhatiansaya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadicukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam,diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalampengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata merekamemahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagimereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatukewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapatmeningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budakitu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate(semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali geniusmusik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkanperniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalamperhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California,ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahunkebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anakYahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagimereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak danberlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatihotak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untukperhidmatan negara.
Selanjutnya pemerhatian saya menujuke sekolah tinggi (menengah) di sini murid-murid ditekan denganpelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk. Segala projekmereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetapditeliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan danengineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik danUniversiti.
Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakultiperniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif danseriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun di universiti, parapenuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek danmempraktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Andaterperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia danditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlahmereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg menciptadesign Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel olehfakulti bisnes dan fesyen.
Pernahkah anda melihat caraorang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah denganmenggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otakmereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di TimurTengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk ataumenggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supayabertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka seringmenunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orangJepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialahsushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan Perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka ygberminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja). Jikamereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpafaedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengananda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul.Maka itu lahirlah Starbuck, Dell, Coca cola, DKNY, Oracle, Perfilemandi Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawahnaungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi darifakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuanini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wangtanpa faedah. Barulah saya tahu mengapa hospital di New York danCalifornia sentiasa kekurangan doktor pakar.
Kesimpulanya,pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak bolehdilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa,beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibumengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan matematik yg mudahtetapi konsisten di samping mendengar musik klasik (bagi umat Islamlebih baik diperdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran - admin).Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok danberkhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baiksekali untuk pertumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano danviolin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka.Demikian juga sukan yg memerlukan kosentrasi yg tinggi, sepertimemanah, bola keranjang, dart dan menembak. Merokok menjanjikangenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut kegenerasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amatmemeranjatkan sekali! Di sini perokok seperti di anak tirikan danbegitu susah sekali untuk perokok, dan anda tahu berapa harga sekotakrokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!!Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!!Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segipembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihatbanyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnyanegeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!

Andamungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok?Saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, darirestoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium, hidung anda akan segeraterbau asap rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya?Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universititerdapat di sana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauhsekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa merekasendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris?Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia?Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.
pameran seni di spanyol

Ditesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa,adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraohhingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin sayaketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yg bijakseperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianyamemerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dansaya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihatsendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melaluiprogram yg telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun (cucusaya) dia dapat menulis esei sepanjang 5 mukasurat penuh. Eseinyahanyalah mengenai 'Mengapa saya gemarkan tomato! ' Selamat sejahteradan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat muliauntuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Penulis : Dr. Stephen Carr Leon
Dialih bahasa oleh :Adibah Mohd NoorMatriculation Lecturer, Department ofSciencesUIA Matriculation Centre, Petaling Jaya, Selangor.
(Bukan menyokong Hitler, tetapi hanya untuk membuka minda kita - Admin)

Tuesday, December 14, 2010

Wasiat Imam Hassan Al-Banna




1. Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun.

2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah

membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.

3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab Fushah kerana bahasa Arab yang betul itu adalah syiar Islam.

4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.

5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.

9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.

10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.






Saat kelahiran Dajjal




Kita kongsi bersama :)

Negeri Samirah adalah negeri kecil di Palestin yang nanti akan menjadi sebuah negara besar. Bahkan menjadi ibu kota kerajaan Bani lsrail warisan Nabi Sulaiman. Ini berdasarkan masa kelahiran Nabi Musa, kira-kira satu abad sebelumnya.

Seorang lelaki dan seorang perempuan keturunan Yahudza, setelah 31 tahun berkahwin, lahirlah seorang anak yang paling membahayakan kedua orang tuanya, sebagaimana yang digambarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. kedua matanya tidur tetapi hatinya tetap terjaga.’

Keluarga Dajjal, ayah, ibu dan abang-abangnya adalah penyembah berhala. Dulu, mereka menyembah sebuah berhala berbentuk seperti lembu betina. Sebenarnya berhala itu bukan sekadar patung lembu betina, ia adalah syaitan durjana yang menyerupai dirinya seperti patung lembu betina. itu. Mereka menyembelih binatang untuk dikorbankan kepada berhala. Yang sebenarnya dipersembahkan kepada syaitan, berserta minuman arak yang dihulurkan setiap hari. Disamping itu mereka juga suka melakukan penghambaan atau persembahan dan ketaatan. Setiap pagi mereka lihat sisa-sisa dan apa yang mereka korbankan di tempat itu. Sangka mereka, itu adalah sebagai tanda bahawa Tuhan mereka merestui apa yang mereka lakukan. Permintaan kedua-dua orang tua Dajjal ialah agar mereka diberi anak lelaki. Akhirnya Allah s.w.t. pun menjadikan kehamilan keatas seorang wanita yang yang dilahirkan dari perbuatan zina antara mahram dengan seorang suami yang juga dilahirkan dan hasil perzinaan antara mahram.

Sementara itu syaitan pun turut ikut masuk ke saluran kencing lelaki penyembah berhala setiap kali dia menggauli isterinya. Jadi Syaitanpun turut mencampuri isteri penyembah berhala itu bersama-sama suaminya. Bertemulah sperma dan ovum dari unsur manusia dengan unsur syahwat yang penuh kedengkian dari jin, sebagaimana yang ditakdirkan oleh Allah.

(Dalam buku lhdzaru aI-Maslkh ad¬DajjaI menyatakan Dajjal lahir dari hasil hubungan ketika ibunya sedang menstruasi, lalu terjadilah kehamilan sebagai pengaruh perbuatan Syaitan)

Pada malam yang sangat menakutkan, diiringi hembusan angin, ribut salji dan hujan lebat, pasangan suami isteri itu mendengar suara dari patung lembu betina liar yang memberitahu bahawa dia telah meredhai kedua-duanya. Bahkan, katanya dia memerintahkan malaikat untuk mengurniakan kepada mereka seorang anak. Tetapi jika kedua-¬duanya tidak memperbanyakkan ketaatan dan penyembahan berhala serta tidak banyak menumpahkan darah korban, maka dia akan menggantikan anak lelaki itu dengan anak perempuan.

Apalagi, kedua-duanya pun sujud dan bersimpuh depan patung itu dengan penuh setia sambil menyatakan mereka mahukan sangat anak Ielaki. Patung syaitan itu menyuruh mereka menyembelih seekor lembu betina gemuk dan besar. Kemudian menyuruh diletakkan sembelihan itu di hadapan patung, dan selepas itu mereka berdua dilarang untuk masuk ke tempat itu sepanjang malam.

Apa yang berlaku sebenarnya syaitan telah mempermainkan mereka berdua untuk melakukan apa saja menurut kehendak dan kemahuan Syaitan.

Syaitan dapat melihat apa yang tidak boleh dilihat oleh manusia biasa. Sebab jin boleh melihat apa yang ada dalam jasad manusia, sama seperti melihat manusia melihat filem X-Ray, sehinggakan dia dapat melihat kandungan perempuan itu sejak awal lagi. Namun begitu syaitan tidak tahu apa yang akan terjadi, Syaitlan tidak tahu apakah anak itu perempuan atau lelakit tetapi dia tahu betapa besar kemahuan pasangan itu dengan kelahiran anak lelaki.

Perempuan itu pun melahirkan anak lelaki tetlapi anak yang baru lahir itu cacat kedua-dua belah matanya sejak lahir. Bayi itu suka tidur malam dan siang serta amat jarang bangun untuk menghisap air susu ibunya yang berbadan besar.

lmam Ahmad meriwayalkan dalam Musnad, iaitu sebagaimana sabda Rasulullah mengenai keluarga Dajjal.

“Ayahnya tinggi, gemuk dan hidungnya seperti paruh burung. Se¬dangkan ibunya fardhakhiyyah, iaitu banyak daging dan berbadan gemuk. Kedua tangannya panjang dan kedua teleknya pun besar. Oleh kerana anaknya tidak disusui oleh ibunya susu, Ia bahkan dapat mengakibatkan keracunan yang berakhir dengan kematian. Jadi anak Ielaki itu sejak awal memang telah mendatangkan sial kepada ibunya.

Paling anehnya, anak lelaki itu bertahun-lahun duduk diam dan hanya bergerak beberapa kali, sehinggakan orang tuanya menyangka dia lumpuh atau pun Tuhan mereka sudah murka. Maka mereka pun menyajikan berbagai jenis sajian sebagai tanda taat tetapi anak lelaki itu tetap seperti itu juga, tidak ada sebarang perubahan.

Selama empat tahun sebelumnya dia belum pernah berjalan. Padahal orang tuanya telah memberikan air susu kambing serta berusaha untuk menggerak-gerakkan kedudukan anaknya. Anaknya itu hanya minum seteguk dua sahaja, kemudian terus tidur. Melihatkan anaknya dalam keadaan seperti itu, orangnya tidak pernah merasa tenang. Hatinya sentiasa tertanya-tanya apakah anaknya masih hidup. Mereka sering melelakkan tangan atau melekapkan telinga pada dada anaknya itu. Di dapati anaknya masih hidup.

Sebagaimana kala Rasulullah s.a.w.. “Kedua matanya tidur, tetapi hati tetap terjaga.”

Pada satu malam tiba-tiba anaknya itu bergerak bangun, sementara orang tuanya sedang tidur. Dia cuba merangkak kemudian berdiri untuk berjalan dengan kedua kakinya. Kemudian dia berjalan perlahan-lahan tanpa diketahui oleh kedua orang tuanya, seakan-akan ada roh lain yang menyusup ke dalam rohnya sambil memberitahu dan membantunya untuk berdiri dan berjalan. Sudah tentulah roh lain itu ialah Jin Syaitan (Jinni Mutasyaithan). Kedua-dua mata anak Ielaki itu cacat dan dia telah dirasuk oleh syaitan yang bersemayam dalam patung lembu. Syaitan itu memimpin kanak-kanak itu menghala ke patung lembu betina. Kemudian dia ditinggalkan tidur di sisi patung tersebut. Apabila ayahnya bangun dia terus mendapatkan anaknya yang tertidur dipangkuan tuhan-tuhan patung lembu betina itu. Ayahnya cuba mencari apakah makna peristlwa yang terjadi itu telapi tidak berjaya menafsirkannya. Lalu ayahnya itu tadi pun memanggil jiran-jiran tetapi jiran tidak mempercayai dengan peristwia itu, mereka menuduh ayahnya sendiri yang membawa anaknya itu dan meletakkannya dipangkuan tuhan-¬tuhan tersebut. Jiran-jiran itu tahu anaknya itu lumpuh dan hanya boleh duduk sahaja.

Walaubagaimana pun berita mengenai hal itu tetap tersebar. Bagi sesetengah orang yang mempercayainya datang berduyun¬-duyun ke rumahnya untuk melihat dari dekat akan kejadian aneh yang terjadi kepada budak lelaki itu. Dalam masa yang sama ada yang cuba mencari berkat dari budak itu. Namun, hakim-¬hakim yang ada di kawasan itu berasa tidak senang hati untuk menerima kebenaran kejadian itu dengan begitu saja. LaIu mereka pun membawa ayah anak itu ke hadapan hakim besar di kota yang kemudian memaksa ayahnya memberitahu apakah sebenarnya yang terjadi.

Ayah menceritakan perkara sebenar telapi hakim-hakim tidak mahu menerima kenyataannya, lalu ayahnya itu diperintah masuk penjara dan didera. Ketika di dalam penjara dia dipaksa membuat kenyataan bahawa tidak ada sesiapa yang harus dipatuhi kecuali hakim agung yang menguasai negeri tersebut.

Setelah puas kena seksa maka dia pun terpaksa mengaku dan membuat pengumunan di hadapan hakim dan penduduk negeri bahawa tiada tuhan selain hakim dan bahawa tidak ada yang dapat memberi pertolongan atau mendatangkan bencana selain hakim. Dengan pengakuan yang dia buat itu maka dia pun dikeluarkan dari penjara tetapi anaknya itu terpaksa dijaga di dalam istana dengan penuh perhatian dan tidak dibenarkan keluar dari istana hakim.

Berita tentang keajaiban anak lelaki itu semakin tersebar luas sehinggakan heboh dan peristiwa itu disebut sebagai A’jubah as Samirah yang bermakna (Keajaiban Samirah) Hakim amat marah dengan peristiwa itu, dia tidak mahu menerima kenyataannya. Menurut hakim lagi, anak lelaki yang ajaib itu sebenarnya telah dirasuk syaitan. Berita itu pun disebar luas ke seluruh pelusuk dunia.

Hakim tidak berdiam diri, dia pergi mencari dukun untuk mengeluarkan syaitan dari badan budak itu. Hampir semua tempat ke pelusuk negeri dan benua dicarinya bomoh, dukun serta tukang sihir untuk mengeluarkan rasukan syaitan dari anak lelaki itu. Kerana menurut hakim syaitan itu akan menggoncangkan singgahsana atau ‘Arsy Tuhan.

Apabila berita itu tersebar, suasana masyarakat pun menjadi kacau bilau dan kelam kabut. Tiba-¬tiba ada seorang yang berpura-pura sebagai ahli falsafah dari Samirah pun membuat pengumuman. Anak itu memang betul-betul keturunan Samiri. Dua huruf ra dan ha’ (dua huruf terakhir dari kata Samirah) Dulu ia membawa makna satu negeri iaitu negeri Syam kerana Sam bin Nuh as., adalah pendiri gerakan Samirah setelah terjadinya banjir besar. Ketika Sam masih kecil, dia tidak banyak bergerak sehingga datang malaikat yang kemudian mengajarnya bagaimana cara menggerakkan kedua-dua kakinya. Anak itu adalah cucu dari Syam.” Telapi tidak ada seorang pun yang mahu percaya dengan kata-kata ahli falsafah itu. Sebaliknya dia pula dituduh orang gila.

Hakim pula telah memberi arahan supaya kenyataan ahli falsafah itu tidak diperbualkan lagi oleh sesiapa pun. Barangsiapa yang cuba hendak bercakap tentang hal itu akan dihukum.

Hakim pun membuat pengumunan anak itu diberi gelaran as-Samiri kerana berdasarkan negeri kelahirannya dan bukannya sebab-¬sebab lain.

Ayah budak lelaki (Dajjal) itu pula kemudiannya mati kerana terlalu menderita, kematiannya itu dipanggil adz-dzabhah ash-shadriyyal al¬mutakarrarah yang bermakna (tekanan batin berlanjutan). Ayahnya mati kerana watak anaknya itu sangat ganjil.

Anak ajaib itu pun ditinggalkan dalam penjagaan dan pemeliharaan hakim diistananya. Setahun kemudian, iaiitu kelika berumur lima tahun, anak itu pun mula berupaya bangun dan tidurnya, setelah bangun dia cuba berbual-bual dengan orang¬orang di sekeliling istana itu, tetapi perbualannya tengagap-gagap dan terputus-putus.

Orang-orang istana pun cuba hendak mengubati penyakit buta di matanya tetapi doktor-doktor istana membuat kesimpulan bahawa penyakit atau cacat itu tidak akan dapat disembuhkan secara perubatan biasa kerana cacat itu nampaknya diciptakan oleh Yang Maha Kuasa.

Sebulan kemudian, ketika penduduk negeri itu sedang nyenyak tidur, tiba-tiba datang peringatan dari Tuhan. Peringatan dari Tuhan itu datang kerana penduduk negeri itu melakukan zina dan homoseksual, sebagai orang-orang Sadum dan Amurah. Siksaan yang Tuhan turunkan itu secara tiba-tiba tanpa diduga sama sekali.

Allah telah memerintahkan malaikat Jibril untuk memasukkan penduduk negeri itu ke dalam bumi, sama seperti yang dilakukan kepada penduduk Sadum dan Amurah. Yang terselamat tinggal hanyalah seorang anak kecil (Dajjal) yang berada di istana itu. Jibril telah ditugaskan membawa anak itu ke suatu pulau yang terletak di suatu lautan luas yang disebut Laut Yaman. Laut ini mempunyai peranan penting di masa akan datang. (Dari Laut Yaman inilah nanti terbentang jalan yang akan dilalui seorang saleh yang mempunyai peranan penting dalam memerangi Dajjal.

Anak lelaki itu tinggal seorang diri di pulau itu. Dia sentiasa dijaga, diawasi serta diberi makan dan minum oleh malaikat itu tadi. Anak itu kembali seperti biasa, iaitu banyak tidur dan sedikit bergerak. Sementara itu Jibril kembali menghancurkan negeri yang penuh dengan kemaksiatan itu dan menebalikkan negeri itu sehinggakan bahagian atas negeri itu menjadi bawah. Maka selesailah seksaan Allah ke atas orang-orang kafir itu.

Kemudian Jibril kembali membawa makanan untuk anak itu dari rezeki Allah dan demi menjalankan perintah Allah tanpa sebarang persoalan. Allah menyayangi anak itu dan berfirman kepada Jibril, ”Hai Jibril, anak itu adalah hambaKu. Tetapi di akhir zaman dia mengaku sebagai tuhan yang disembah di muka bumi. Aku akan mengutus orang yang akan menyiksanya dengan seksaan yang pedih dan akan membunuhnya pada suatu masa tertentu yang tidak akan diingkari oleh hambaKu. Orang tersebut adalah seorang nabi yang diutus pada suatu masa dan dia menjadi wali, tanpa wahyu pada menjelang akhir zaman.

(Riwayat ini didapati dari seorang alim di negeri Yaman. Dia dikenali dengan nama Haidar bin Anif Billah Abdullah bin Salem bin Syari. Dia mempunyai banyak manuskrip mengerikan yang menurut katanya telah berusia ratusan tahun. Bahkan ada skripnya yang mempunyai asal-usul sejak 700 tahun sebelum Masehi. 0rang alim ini masih hidup dan berusia 110 tahun. Dia sendiri tidak mahu hidup di kota moden. Segenap hidupnya dihabiskan dikhemah-khemah di padang pasir sahara bersame-sama empat orang isterinya. Isteri-isterinya jauh Iebih muda dari dia, iaitu sekitar dua puluh hingga tiga puluh tahun. Dia masih kelihatan gagah. Ketika ditanya kepadanya tentang rahsia kegagahannya, die menjawab bahawa dia tidak pernah meninggaikkan sembahyang malam, tidak pernah meninggaikan sembahyang dan waktu yang ditentukan dan jarang memakan daging dan garam. Makanan yang paling banyak dimakannya iaiah madu, kurma, susu dan air putih.)

Pulau yang didiami oleh anak itu dikenali dengan nama jazirah ats¬tsu ‘ban ar-rahib we ad-dabbah al--halba yang bermakna pulau ular yang mengerikan dan haiwan berbulu tebal. Sebab menurut cerita tentang pulau itu, setiap orang yang hampir dan singgah di pulau itu pasti akan mati disengat oleh ular yang panjangnya beratus-ratus meter. Sementara haiwan berbulu tebal itu mempunyai lidah yang dapat bercakap-cakap dengan berbagai¬-bagai bahasa di muka bumi ini dan ia menguasai pulau itu. Ular itu adalah penjaganya dan buta matanya. Haiwan itulah yang mengarahkannya.

Pulau itu sebenarnya kecil seperti sekumpulan batu yang membentuk satu petak bumi yang penuh dengan berbagai mata air yang segar airnya serta dikelilingi pokok¬pokok rendang yang saling berjalin. Pulau itu juga dipenuhi dengan sumber-sumber yang berfaedah seperli berbagai-bagai jenis bunga, tumbuh-tumbuhan, pokok-pokok epal berwarna kuning berbentuk aneh seperti kepala jin yang nampak indah dan tersusun rapi bukan seperti kepala syaitan yang hodoh.

lklim pulau itu memang selamanya sejuk dan selalu turun hujan.

Pulau itu terletak di Lautan Hindi dekat dengan negeri Yaman. Pulau yang didiami oleh anak ajaib itu nampak jauh dan terpisah dari pulau-pulau yang jumlahnya banyak. Bahkan dari jauh pulau itu nampak seperti sebuah bintang yang terlepas dari gugusan bintang lain, atau bagai sebuah bulan yang terlepas dari edarannya yang penuh dengan planet-planet lain. Ia menjadi sesuatu yang asing dan ganjil kenana ia telah ditentukan oleh Yang Maha Kuasa.

Walaupun anak itu dikunjungi dan diawasi oleh Jibril siang dan malam, namun anak itu tidak tahu. Kerana sebagai manusia biasa dia tidak dapat melihat malaikat Jibril itu, kecualilah dengan perkenan Allah s.w.t. Disamping itu anak itu pula asyik tidur seperti penghuni gua.

Pada satu hari ketika umur anak itu telah mencapai lapan tahun, kedua-dua matanya mula terbuka diiringi dengan kesedaran hatinya. Sesudah itu, dia tidak lagi banyak tidur. Dia hanya tidur sekejap sahaja. Pada mulanya, setiap kali terjaga dari tidur dia akan mendapatkan makanan dan minuman segar yang berada di sisinya, sehingga habis makanan dan minuman itu, dia kembali tidur semula. Diwaktu ini, dia sudah mampu berdiri, bergerak, dan berfikir.

Malah dia mampu menangkap ikan dalam air dengan petunjuk bisikan suara yang terdengar dengan jelas di telinganya dan dia boleh faham maksud seruan itu dengan jelas.

“Buatlah seperti begini supaya kami menjadi begini,” kala bisikan malaikat Jibril kepada anak itu.

Anak kecil itu pun berjalan¬jalan mengelilingi sekilar pulau yang dia tinggal itu, dia rasa kagum dan terasing serta sentiasa berwaspada. Dia berjalan sambil bersembunyi dengan penuh hati-hati.

Pulau itu dipenuhi dengan berbagai jenis burung dan binatang.Tidak ada satu binatang buas dan ganas di pulau itu selain dari beberapa ekor ular yang merayap dari Iautan yang menuju ke sana.

Satu hari ketika sedang merayau-rayau itu dia dikejutkan oleh seekor binatang yang sangat besar, berbulu tebal dan mempunyai dua mata yang menonjol seperti mata lembu. Tiba-tiba binatang itu bercakap dengan bahasa yang dia boleh faham.

Binatang itu berkata,” Engkau adalah seorang anak yang diselamatkan oleh Allah dari gempa bumi yang dahsyat ketika negeri Samirah dilanda malapetaka. Engkau dibawa oleh malaikat Jibril ke sini. Malaikat itulah yang menjaga makan dan minum engkau. Oleh itu janganlah engkau mengkhianati janji mu dengan Allah. Sebab pada hati setiap anak Adam telah tertanam ketaatan kepada Allah dan beriman kepada Nya selama mereka masih berada dalam fitrah kesuciannya. Kerananya engkau menjadi Muslim dan Mukim yang yakin dan taat kepada Tuhan Pencipta alam ini. Dialah Tuhan yang Maha Esa.”

Kemudian binatang besar itu pun memberi isyarat kepadanya supaya mengikutnya ke arah sebuah batu. Di batu itu tertera tulisan dalam bahasa Arab. Binatang itu mengajarnya huruf demi huruf dan dia pun mengikutnya. Kemudian binatang itu pun memberi isyarat kepadanya untuk mengikutnya kepada berbagai permukaan batu lagi. Di batu-batu itu tertulis kata-kata:

Batu pertama: La ilaha illallah (Tiada luhan selain Allah)

Batu kedua: “Allahu Wahid La Syarika lahu (Allah Maha Esa, tidak ada sekutu bagiNya)

Batu ketiga: “Engkau dijaga dan diurus oleh Jibril. OIeh itu janganlah kamu mengkhianati janjimu dengan Allah.”

Batu keempat: “Hanya engkau saja di pulau ini.”

Batu kelima: “Makanlah den nikmatilah makanan dari rezeki Allah ini yang sesuai dengan keperluan dan kehendakmu. Tidurlah sesukamu. Sembahlah Allah dalam berbagai keadaanmu dengan tasbih-tasbih keesaan kepada Nya, yakni solat yang diwajibkan kepadamu. Allahlah raja, Allahlah Maha Esa. Dia tidak berayah dan tidak pula mempunyai anak. Allah lah Tuhan yang Maha Besar. Allah lah yang Maha Agung. Dan Allah lah yang Maha Rja.”

Batu Keenam: “Jadilah engkau anak masa kini, wahai anak kecil. Janganlah engkau menjadi anak masa lalu di pulau ini pada zaman apa pun.”

Batu Ketujuh: “Tidak ada kitab bagimu kecuali apa yang dibawa kepadamu oleh seorang Nabi terakhir, Nabi Muhammad s.a.w. yang datang menjelang akhir zaman. Jika engkau beriman kepadanya maka engkau adalah manusia masa depan yang beriman dan mempunyai keyakinan kepada Allah. Tetapi jika engkau engkar kepadaNya maka engkau adalah manusia depan yang dijanjikan akan mendapat seksaan Allah. Sesungguhnya engkau berada di antara dua nabi yang berserah diri kepada Allah dan sebenarnya semua nabi berserah kepada Allah. Jika engkau beriman dan yakin kepada apa yang kami imani dan yakini, maka Allah akan memudahkan kamu untuk mengimani penutup para nabi yang terdahulu dan pengganti nabi yang telah wafat. Dia bernama Muhammad Al Amin. Dia akan lahir sebagai Nabi dan Rasul di tengeh-tengah kaum yang buta huruf. Dia berhijrah ke tempat yang banyak ditumbuhi pokok kurma dan yang banyak mata air dan perigi dengan tanah yang subur. Jika engkau mendustakan nabi yang mendahului Muhammad maka Allah akan menutup hatimu dengan tabir kain yang hitam. Hatimu menjadi hitam terkena sedikit warna putih dan condong kepada keburukan bagaikan kendi yang penuh dengan lumpur di atas cermin terang. Akibatnya, hatimu tidak dapat melihat cahaya dan akalmu hanya melihat dirimu sendiri saja seperti lblis. Semoga Iaknat Allah ditimpakan atasnya, yang mendiami Segitiga Bermuda yang lama itu dan engkau pun menjadi teman karibnya. Betapa buruk seseorang yang ditemani makhluk terkutuk dan dijauhkan dari rahmat Allah s.w.t. yang dibiarkan saja sampai suatu masa di suatu negeri, iaitu di suatu lautan yang penuh hembusan angin kelak ketika Allah tidak lagi menyayangi orang¬-orang yang terusir dari rahmat Nya.

Jadilah engkau, wahai anak istimewa yang dijagai dan dibimbing malaikat agung sebagai Mukmin yang mempercayai kewujudan Allah dan malaikatNya, serta RasulNya. Jika tidak, engkau berada di dalam bahaya dan dimasukkan kedalam penjara seribu tahun lamanya. Yang memperingatkan mu dan menggembirakanmu di dalam penjara adalah seorang Arab Mekah yang mendustakan Nabi yang jujur itu. Tempat hijrahnya adalah tanah¬tanah subur yang banyak ditumbuhi pokok kurma. Engkau akan berjasa pada hari ketika tiba musimnya memetik kurma di negeri tempat diisra’ dan dimi’rajkan Nabi dari bangsa Arab itu. Ada banyak air melimpah yang mengalir dan meresap ke dalam tanah di dataran tinggi dan di tanah Thabaniyyah. Haram atas dirimu memasuki kota Mekah yang dimuliakan Allah, Tuhan semesta alam.

Engkau tidak boleh memasuki tanah mana pun yang subur kecuali tanah Uhud. Uhud adalah gunung yang mencintai Allah dan Allah pun mencintainya. Engkau juga tidak boleh masuk negeri Quds tempat isra’ dan mi’raj, Nabi yang paling akhir. Ini adalah ilmu Allah untukmu yang ditulis oleh Jibril, pembawa wahyu (amin al wahi) dan dia meninggalkan tulisan ini untukmu, disamping batu beser berupa cincin dari Jibril utusan Allah Tuhan semesta alam!’

Anak itu kemudian melihat di tepi batu besar ketujuh yang paling besar di antara batu-batu besar lainnya yang menjadi batu tulis. Di situ, dia terjumpa sepotong batu yang indah warnanya. Tanah berwarna seperti dakwah emas berkilat yang digunakan Jibril untuk menulis. Pada potongan batu itu tendapat peringatan Allah s.w.t. yang berbunyi. “Dan tidaklah Kami menyeksa sehingga Kami mengutus seorang rasul (Al Isra 17:15)

lni adalah sebuah tanda dan isyarat bahawa tanah tersebut bukan berasal dari pulau itu bahkan tanah itu bukan dari bumi manapun. Hanya Allah saja yang lebih mengetahui. Dakwat itu berbaki kira-kira sebanyak sebelah tapak tangan anak itu. Meskipun begitu ukurannya tidak sama walau dengan tiga tapak tangan lelaki biasa kita.

Haiwan besar itu mula menerangkan makna tulisan itu dan diberitahu juga bahawa anak itu diberi kebebasan untuk memiIih haluan masa depannya. Apakah di masa akan datang dia mahu menjadi orang baik atau orang jahat. Jika dia menjadi orang baik, maka dia akan menjadi seorang lelaki biasa dan raja yang beruntung. Tetapi jika dia memilih menjadi orang jahat, maka dia akan menjadi seorang yang mengaku AKU SEBAGAI TUHAN yang berkuasa dengan kerajaan atau kekuasaan atas alam jin kafir dan syaitan dan mereka adalah makhluk ciptaan Allah. Dia akan menjadi raja yang menguasai alam manusia, sedang engkau termasuk salah salu di antara mereka.Dia akan memerintah tetapi hanya menjadi raja dalam waktu yang singkat sahaja.

Apa akan terjadi kesudahannya hanya Allah saja yang tahu sebab segala sesuatu itu ditentukan olehnya. Dan tidak ada yang mengetahui kesudahan segala sesuatu kecuali Allah s.w.t.

Seterusnya anak itu bertanya kepada binatang besar itu.

“Kalau begitu siapakah engkau sebenarnya? Apakah motif yang mendorongmu datang ke sini? Dan siapakah yang mengajarmu bercakap dan menjelaskan sehingga engkau mampu bercakap seperti manusia?” Binatang itu menjawab.”Aku memang seekor binatang yang diciptakan dan diperintahkan untuk berbuat demikian dan sentiasa berada di sini bersamamu. Jibril, malaikat itu akan membawamu dari hutan di penghujung dunia nanti. Hanya engkau saja satu-satunya orang hidup dari suatu keturunan subur yang telah hancur. Aku juga bertugas menjaga dan memeliharamu ketika Jibril tidak ada. Aku diperintahkan untuk tinggal di pulau ini bersamamu sehingga engkau menentukan pilihan hidupmu. Ajalku di sini bersama dengan keluarnya engkau menuju pilihanmu.” Binatang itu memberitahu bahawa ia diperintah untuk bercakap memberitahunya. Kemudian setelah itu Ia akan diam membisu dan hanya mengeluarkan suara binatang sebagaimana lazimnya. Dia tidak akan bencakap untuk kali kedua kecuali jika masa keluarnya anak itu dari pulau tersebut sewaktu akhir zaman hampir dekat.

Mungkin pada masa di antara itu, hanya terpulang kepada Allah untuk menentukannya. Mungkin aku mampu bercakap denganmu lagi.Sesuatu yang ghaib tidak dapat diketahui oleh semua makhlukh. Ketahuilah bahawa apa yang dikatakan sekarang ini adalah wasiat-¬wasiat dari malaikata Jibril itu.

Selepas itu lidah binatang itu pun terdiam dan kembali seperti binatang semula. Ia bernama Jassasah yang bererti terus menerus memerhati untuk mencari maklumat dan memberitahukannya kepada anak itu.