iklan

Monday, April 4, 2011

Kisah seorang teman

Salam semua.
Maaf, sebagai penulis blog ini saya rasa saya nak kongsi bersama cerita saya untu sama-sama kita renungkan. Sebelum itu, saya isahan latar belaang saya dahulu. Saya dari kecil diterapkan dengan amalan-amalan soleh. Saya masih ingat lagi mak saya selalu memakaikan saya serban kecil ketika saya masih kecil. Ayah saya selalu mengajak saya ke surau dan kadang-kadang saya diusik oleh kanak-kanak lain.

Namun,Setelah meningkat dewasa saya semakin berubah. Saya selalu bergaduh dengan adik-adik dan kadang-kadang saya amat marah dengan mak ayah saya kerana merasakan tindakan mereka tidak adil. Ketika berumur 14 tahun, diri saya menampakkan unsur-unsur samseng. Saya pada masa itu selalu terlibat dengan aktitviti gengsterism. Saya teruja dengan menjadi seorang yang samseng kerana memikirkan bahawa orang lain akan menghormati dan takut pada kita.Ketika berusia 15 tahun, saya terlibat dengan aktiviti geng samseng di luar seperti geng Punk Nazi yang ketika itu amat popular di daerah Besut. Oleh kerana tindakan samseng saya yang terlibat dalam sekolah yang selalu bergaduh dengan senior, saya ditukarkan sekolah sebanyak 3 kali dalam setahun itu. Saya telah menconteng arang pada muka ibu bapa saya.

Ketika terlibat dengan gengsterism, saya mungkin tidak keterlaluan, namun di sekolah, saya amat dihormati di kalangan rakan2 saya kononnya saya berani membela mereka. Namun, saya hampir2 terlibat dengan gejala sosial yang melampau iaitu penglibatan gadis-gadis sekolah yang telah terlibat dengan aktiviti sosial yang melampau. Saya pernah digoda dan hampir2 termakan godaan itu kerana nafsu. Ketika itu pertama kali tanganku dipegang dan saya ketika itu tak menolak. Syukur pada Allah, dengan iman yang ada saya dapat menempis segala godaan tersebut dan tidak terlibat dengan aktiviti seks bebas. Kebanyakan rakan2 saya ketika itu adalah penagih arak dan penagih. Saya kerap kali ditawarkan namun syukur saya berjaya menolak. Saya ketika itu hanya seorang perokok.

Di sekolah, saya pernah dipikat oleh seorang perempuan. Saya juga ketika itu terpikat dek kecantikan dia. Namun, saya ketika itu amatlah ego dan sombong. Saya tidak menghiraukan dia dan berlagak kerana saya menganggap diri saya adalah gengster ketika itu. Namun, dalam hati saya, saya amat sukakan dia dan selalu terbayangkan dia. Saya selalu berlagak jika berada di depan dia. Akhirnya, saya menerima surat yang terletak di dalam beg galas saya. Saya dengan sombong mengoyakkan surat cinta itu di hadapan rakan2 saya. Akhirnya juga, saya dipindahkan sekali lagi ke sekolah lain.

Di sekolah tersebut juga, seperti biasa, saya masih tidak berubah dan masih terlibat dengan aktiviti samseng. Akhirnya saya dipanggil guru disiplin dan saya dipukul teruk. Saya berdendam dengan guru tersebut dan akhirnya dendam itu mula hilang. Akhirnya saya berubah sedikit demi sedikit setelah umur meningkat 17 tahun. Saya semakin sedar yang betapa pentingnya belajar dan saya berusaha bersungguh2 untuk mencapai target yang diinginkan. Saya pernah menaiki pentas kerana menduduki nombor tersorot di dalam sekolah. huhu..Saya amat2 malu ketika itu. Namun, akhirnya saya insaf dan sedar, dan saya mendapat keputusan yang agak cemerlang. Saya mendapat tawarn ke Univerisiti Teknologi Malaysia. Dan sekarang saya di tahun akhir di Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute.

Di sini, saya belajar banyak perkara, saya bercouple untuk pertama kalinya dan  saya putuskannya dengan cara yang baik. Namun, saya akui, saya sepatutnya menolak budaya couple namun, perasaan saya ingin mencuba. Saya amat2 sedih meninggal x-gf sye ketika itu kerana dia sangat baik dan tak pernah melawan cakap saya. Namun, hati saya tidak dapat melahiran rasa cinta untuk dia sejak dari awal2 lagi. Saya memohon maaaf sangat kepada dia. Saya amat2 rasa  bersalah dan dia sangat sayangkan saya ketika itu. Setiap kali berjumpa, pasti dia akan terharu dan berterima kasih. Setelah putus hubungan, saya tertarik dengan seorang gadis yang telah memberi signal untuk memikat dia. Saya pada mula2nya tidak merasakan suka pada dia namun akhirnya setelah pertama kali keluar dengan dia, saya lihat sifat kewanitaan dia dan tanggungjawab dia sebagai seorang kakak yang sulung. Saya terpikat yang amat sangat, bukan sahaja kerana kecantikan tapi dengan sikap penyayang dia. Entah kenapa tidak lama selepas itu, fikirannya berubah, dia meminta putus dan meminta sebagai kawan. Saya akui saya terkadang terlepas pandang kesilapan saya, namun saya tak pernah hilang rasa sayang kepada dia. Hati saya hancur, 4 hari saya tidak tidur lena dan makan dengan kenyang. Saya menjadi tak keruan. Hebatnya kuasa cinta. Saya tak pernah merasai perasaan seperti ini. Saya berusaha merayu kepada beliau akhirnya pada hari ke 5 itu, dia nampak berubah dan ajak saya untuk keluar berjumpa adik dan mak ayah dia. Saya gembira sangat2 dan dia pun sering mengungkapkan rancangan pertunangan dan pekahwinan kami. Namun, silap saya sekali lagi, menghidekan 'in a relationship' kepada x-gf sye kerana saya masih kasihan dengan x-gf sye. Saya selalu sedih dan sayu mendengar nasib dia yang terpaksa menerima penolakan dari saya tapi kami berputus secara baik. X-gf sye itu juga telah bertemu dengan pasangan yang lebih baik dari saya dan amat secocok. Sekali lagi, gf sye ketika itu merajuk. Saya tunggu di hadapan rumahnya selama 4 jam dan menangis. Bermacam saya baut untuk pujuk dia, akhirnya mak dia memberi kata putus supaya keluar dengan saya. Saya gembira sangat2 dan berasa amat lega. Saya terasa nak kahwin cepat2. Tapi...bersambung

Wednesday, February 2, 2011

JANGAN LEKA DENGAN RAMAINYA PENGIKUT, PASTIKAN PROSES PENTARBIYAHAN TERUS KUKUH




Sejarah harakah Islam telah menggambarkan kepada kitapertambahan bilangan anggota tanpa mutu yang telah menyukar dan melalaikan harakah. Ini memaksa da’i hari ini untuk mengambil pengajaran. Perkembangan yang seimbang adalah pesanan untuk hari esok.
Kita katakanan, ia adalah pesanan untuk hari esok kerana kita dapati ramai orang telah melupakannya. Padahal itulah wasiat lama dari Imam Hassan al-Banna rahimahulLah yang ditegaskan sejak tahun 1938 di dalam Muktamar (Ikhwan) Ke-5. Ketika menjelaskan pelbagai jenis manusia ketika berdepan dengan kerja. Khayalan langsung tidak menyumbang apa-apa kerana ia hanyalah gambaran sahaja dalam memikul bebanan jihad.
Hassan al-Banna telah berkata:
“Jadi saya mahu berterus-terang betul-betul dengan kamu kerana tiada guna lagi saya berselindung.
- Medan bercakap tidak sama dengan medan berkhayal.
- Medan beramal tidak sama dengan medan bercakap.
- Medan berjihad tidak sama dengan medan beramal.
- Medan berjihad sebenar tidak sama dengan medan berjihad yang silap.
Ramai yang mudah berkhayal namun tidak semua apa yang terbayang di kepala mampu diungkapkan dengan kata-kata.
Ramai yang mampu bercakap namun hanya segelintir daripadanya yang mampu bertahan ketika beramal.
Ramai di kalangan segelintir ini yang mampu beramal namun hanya segelintir sahaja di kalangan mereka yang mampu memikul bebanan jihad yang sukar dan amal yang nekad.
Para mujahid yang kecil jumlahnya ini mungkin akan tersilap jalan dan tidak menepati sasaran jika tidak kerana mereka dipelihara oleh Allah. Kisah Talut menjelaskan apa yang saya katakan ini.
Oleh itu, siapkanlah diri kamu, pupuklah jiwa kamu dengan tarbiyah yang betul, latihan yang ketat dan ujilah diri kamu beramal dengan kerja-kerja yang keras, tidak disukai dan menyukarkan. Kekanglah dari segala kehendak dan adat kebiasaan yang biasa dilakukan oleh jiwa.” (243 Al-Muktamar Al-Khamis, al-Majmu’ah, m.s. 258)
Fiqh itu dipusakai oleh Syed Qutb rahimahulLah. Ini menyebabkan beliau gelisah menjelang hari kematiannya apabila melihat keadaan Sudan yang dilanda dengan demonstrasi umat Islam yang merebak dan meluas memenuhi jalan-jalan raya. Beliau pun memberi wasiat kepada para da’i dari Sudan yang melawatnya. Beliau berkata kepada mereka:
“Janganlah sambutan orang ramai itu menyibukkan kamu dari menyusun barisan dalaman dan menyediakan para pejuang yang mampu menghadapi segala kesukaran dan akan dapat bertahan lama.” (244 Syed Qutb, Kitab al-Syahid, m.s. 91)
Sebenarnya kepentingan pemantapan barisan dalaman bukan hanya kerana untuk memudahkan penyusunan dan memudahkan penggunaan tenaga secara selaras, tetapi, kewujudan “masyarakat tarbawi” ini akan mampu menjadi nursery kepada pentarbiahan ‘anak-anak baru’. Ia akan mampu memperlihatkan bentuk-bentuk Islam dan mendinding mereka dari melihat pemandangan jahiliyyah orang-orang jahil dan menghalang dari mendengar jahiliah dan sekaligus menjauhkan ‘anak-anak baru’ dari kesan dan pengaruh tarbiyyah yang bukan Islam.
Rujukan : Al-Muntalaq – Muhammad Ahmad Ar-Rasyid m.s.159